Masterclass
Untuk anda yang ada bisnes dan offer sebenar, dan mahu siapkan satu kempen bersama AI.
AI Marketer Pro melatih anda menggunakan AI dalam marketing bisnes sebenar, daripada merancang kempen hingga membaca datanya. Siapkan satu kempen dalam dua malam, atau bina sistem marketing anda sendiri dalam enam minggu.
Semua latihan dibuat atas bisnes dan offer anda yang sebenar. Apa yang anda bina dalam kelas, anda terus guna selepas kelas.
Ramai dah guna AI untuk tulis caption, jana poster dan cari idea content. Setiap kerja itu siap, tapi berdiri sendiri. Tiada pelan yang menghubungkan content dengan kempen, dan kempen dengan jualan.
Bila nak buat promosi seterusnya, anda mula semula dari kosong. AI ikut arah yang anda beri. Kalau arahnya belum jelas, AI cuma menyiapkan kerja yang salah dengan lebih laju.
Kami ajar marketing sebagai satu kitaran yang berulang. Setiap kali kitaran ini dijalankan, anda ada data untuk buat keputusan yang lebih tepat pada kempen seterusnya.
Anda kekal sebagai pembuat keputusan. AI bekerja ikut arahan anda, dan setiap hasilnya anda semak sebelum digunakan.
Setiap program membawa anda selangkah lebih jauh, daripada menyiapkan satu kempen hingga memimpin AI sebagai team marketing anda.
Untuk anda yang ada bisnes dan offer sebenar, dan mahu siapkan satu kempen bersama AI.
Untuk anda yang mahu jadi High Performing Marketer, dengan AI sebagai team yang anda pimpin.
Tak pasti nak mula di mana? WhatsApp saya, saya bantu pilih.

Setiap program AI Marketer Pro dikendalikan sendiri oleh Saifuddin Ilyas, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam teknologi, automasi dan digital marketing.
Fokusnya membantu anda membina marketing yang benar-benar digunakan dalam bisnes, dan kerja yang anda hasilkan dalam kelas akan disemak.
Log masuk untuk buka Workspace, video panduan dan resit anda.