AI Marketer Pro (AIMP) ialah program online 6 minggu yang melatih anda bina sistem marketing sendiri yang praktikal. Siapkan pelan marketing, hasilkan content, bina landing page & lancar kempen sebenar. Kemudian bina dashboard marketing & AI Agent yang mengurus kerja marketing berulang.
Business Owner, Solopreneur & Marketer · 35 34 tempat lagi
Anda dah guna AI untuk tulis content, buat creative, cari idea dan semak data. Tapi setiap kerja itu berjalan sendiri-sendiri. Tiada satu sistem yang menghubungkan strategi, content, kempen, pelanggan dan data.
Bila kempen habis, anda mula semula dari kosong. Masalahnya bukan anda tak guna AI. Masalahnya, AI masih jadi alat yang anda suruh sekali-sekala, belum jadi team yang bekerja dalam sistem marketing anda.
Dia ada marketing system yang tersusun untuk bisnesnya, menjalankannya setiap minggu, dan tahu apa yang menjadi kerana ada datanya. AIMP melatih anda menjadi marketer itu, dengan AI sebagai team yang buat kerjanya.
Anda tetapkan arah dan buat keputusan. AI buat kerja ikut arahan anda.
Pelan marketing, content, landing page, dashboard dan AI Agent untuk bisnes anda.
Kempen sebenar, kepada pelanggan sebenar.
Hasil diukur dengan data, bukan agakan.
AIMP tidak menjanjikan angka jualan tertentu. Yang anda bawa pulang ialah sistem yang anda bina dan jalankan sendiri, berserta data untuk menilainya.
Dalam dua minggu pertama, anda menjalankan satu pusingan penuh bersama AI: rancang, lancar dan ukur. Kempen pertama sempat mengumpul data hampir seminggu sebelum dibaca. Selepas itu, anda membina dashboard dan AI Agent sambil kempen terus berjalan, kemudian mengulang pusingan kali kedua dengan bantuan kedua-duanya.
Setiap sesi menambah satu bahagian pada marketing system anda, dan anda terus gunakannya pada bisnes sebenar. Semua sesi pada 8:45 – 10:45 malam di Zoom.
Semua persediaan siap sebelum Sesi 1 bermula
Anda menyambungkan AIMP ke Claude atau ChatGPT dan melengkapkan profil bisnes serta produk mengikut panduan langkah demi langkah, supaya Sesi 1 terus fokus membina.
Pelan marketing yang jelas untuk kempen pertama anda
Bersama AI, anda menyusun Marketing Plan Canvas untuk bisnes anda: siapa pelanggan sasaran, apa mesej utama, di mana mesej itu disampaikan, dan bagaimana minat ditukar kepada jualan. Daripada Canvas itu, anda merancang kempen pertama.
Copywriting, poster & video siap, kempen pertama Live dalam 24 jam
Tetapkan mesej utama kempen, kemudian hasilkan copywriting, poster dan video bersama AI. Seterusnya lancarkan kepada pelanggan sebenar, contohnya iklan yang membawa orang terus berchat di WhatsApp.
Salespage atau lead generation page siap, iklan kedua terus dihalakan ke situ
Bina halaman mengikut matlamat kempen anda: salespage jika mahu pelanggan terus membeli, atau lead generation page jika mahu mengumpul nama dan nombor terlebih dahulu. Mahu membawa mereka berchat di WhatsApp juga boleh. Kemudian lancarkan iklan ke halaman itu.
Keputusan seterusnya yang jelas, berdasarkan data kempen anda
Lihat data hampir seminggu daripada kempen pertama anda: apa yang menjadi dan apa yang tidak. Tetapkan angka yang perlu dipantau, kemudian putuskan langkah seterusnya.
Dashboard marketing anda sendiri, diisi data kempen sebenar
Bina dashboard marketing anda bersama AI menggunakan AIMP Dashboard Kit, terus diisi data kempen anda. Anda tidak perlu menjadi programmer.
AI Agent yang menjalankan kerja marketing berulang untuk anda
Naik taraf AI daripada pembantu yang menunggu arahan kepada ahli team yang mempunyai tugas, konteks dan aliran kerja sendiri.
Scale apa yang menjadi, baiki apa yang lemah, dengan keputusan berasaskan data
Lihat data tiga minggu kempen anda melalui dashboard dan AI Agent, kemudian putuskan untuk setiap kempen: baiki, Scale atau hentikan.
Recap perjalanan 6 minggu, case study kempen terbaik, dan hala tuju marketing anda seterusnya
Sesi penutup yang merumuskan perjalanan anda dari Kitaran 1 ke Kitaran 2. Kempen terbaik peserta ditampilkan sebagai case study, supaya anda nampak apa yang mungkin dicapai dan apa yang boleh diulang.
Di hujung 6 minggu, anda membawa pulang aset yang siap digunakan: pelan, content, halaman, dashboard dan AI Agent. Lebih penting, anda tahu cara membinanya semula untuk setiap kempen seterusnya.
Marketing Plan Canvas bisnes anda. Dibina di Sesi 1, dan menjadi asas setiap kempen selepas ini.
Copywriting, poster dan video untuk kempen anda, dibina bersama AI dan siap dilancarkan.
Salespage atau lead generation page yang sudah Live, dengan kempen yang membawa pengunjung ke situ.
Dashboard yang anda bina sendiri untuk memantau dan membandingkan data marketing dari minggu ke minggu.
AI Agent yang menjalankan kerja marketing berulang, dengan anda kekal sebagai pembuat keputusan.
Dua kitaran kempen yang dijalankan pada bisnes yang anda uruskan dan diukur dengan data.
Contoh dashboard marketing yang dibina dengan AIMP Dashboard Kit. Nama bisnes dan angka dalam gambar ialah data contoh.
Kami ajar kaedah, bukan tools tertentu. Iklan berbayar, WhatsApp atau organik hanyalah contoh saluran, dan anda pilih yang sesuai dengan bisnes anda. Tiga alat ini pula disediakan untuk semua peserta:
Penghubung AIMP ke Claude atau ChatGPT. Anda bina profil, kempen dan aset langkah demi langkah, dengan semakan di setiap peringkat.
Semua kerja anda (profil, produk, kempen dan aset) disimpan dan boleh dilihat di satu tempat.
Templat siap guna. Anda arahkan AI untuk membina dashboard, tanpa bermula dari kosong.
Selain 8 sesi live, anda dapat video panduan langkah demi langkah tentang cara menggunakan AI untuk menghasilkan aset marketing, melancarkan, mengukur dan Scale apa yang menjadi. Tonton bila perlu dan ulang seberapa kerap yang anda mahu, terus dari dashboard AIMP.
Jana gambar produk dan poster iklan lengkap dengan headline, harga dan CTA, kemudian upload ke Workspace.
Contoh copy sebelum dan selepas, cara baiki copy yang lemah, kemudian sahkan dan tag ikut angle kempen dalam studio kreatif AIMP.
Dari skrip, suara latar tanpa perlu bercakap depan kamera, hingga video Reels atau TikTok siap, termasuk suntingan asas.
Langkah demi langkah jana dan publish halaman anda, siap dengan butang WhatsApp atau borang lead, tanpa perlu coding.
Rancang dan hasilkan post harian (bukan iklan) untuk media sosial dan group secara konsisten.
Sediakan dan lancarkan kempen pertama di Meta Ads, termasuk iklan yang membawa orang terus berchat di WhatsApp.
Pasang Pixel, UTM dan rekod lead sebelum iklan dihalakan ke halaman anda, kemudian tarik data untuk diukur.
Naikkan bajet, duplicate dan uji kreatif atau audience baharu apabila data menunjukkan apa yang menjadi.
Sediakan AIMP Dashboard Kit untuk Sesi 5, kemudian letak dashboard anda online supaya boleh dibuka di mana-mana.
Video dikeluarkan secara berperingkat. Setiap video tersedia sebelum sesi yang memerlukannya.

Program ini dikendalikan sendiri oleh Saifuddin Ilyas, pengasas Wasap.my, yang berpengalaman lebih 20 tahun dalam teknologi, automasi dan digital marketing.
Fokusnya bukan menunjukkan apa yang AI boleh buat, tetapi membantu anda membina sistem yang benar-benar digunakan dalam bisnes. Sepanjang 6 minggu, kerja yang anda bina akan disemak.
Sesi live tamat pada 30 November, tetapi kerja anda tidak berhenti di situ. Selama 1 tahun dari tarikh anda daftar, anda terus dapat:
Terus bina kempen baru dengan AI anda. Profil bisnes, kempen dan aset kekal tersimpan di Workspace.
Group WhatsApp peserta AIMP untuk bertanya, berkongsi hasil dan belajar daripada kempen peserta lain.
Sertai semula sesi live AIMP pada batch seterusnya untuk mengukuhkan apa yang anda bina.
Hadir kelas Masterclass yang dianjurkan dalam tempoh yang sama.
Program bermula Isnin, 26 Oktober 2026. Pendaftaran dibuka sekarang dan ditutup Jumaat, 23 Oktober, atau lebih awal jika 35 tempat sudah penuh.
Ini batch pertama AIMP. Tempat dihadkan kepada 35 supaya setiap kerja peserta dapat disemak, dan hasil anda boleh menjadi antara case study pertama yang ditampilkan di AIMP Showcase.
Sudah tiba masanya anda pimpin marketing dengan AI sebagai team, supaya marketing lebih tersusun, tidak bergantung sepenuhnya pada anda, dan boleh diulang untuk setiap kempen.
Nak tanya dulu sebelum daftar? Saya jawab sendiri.
Boleh. Anda tak perlu latar belakang coding. Untuk sesi landing page dan dashboard, AI yang membina dan AIMP Dashboard Kit disediakan, jadi anda hanya perlu mengarahkan AI dan tidak menulis kod dari kosong.
Laptop, internet yang stabil, bisnes sebenar (milik anda atau yang anda uruskan) dengan produk atau servis, dan langganan berbayar Claude Pro atau ChatGPT Plus. Langganan ini diperlukan untuk menyambungkan AIMP ke AI anda.
Tidak wajib. Jika bajet iklan terhad, anda boleh jalankan kempen organik atau WhatsApp supaya tetap ada data untuk diukur dan diperbaiki.
Semua sesi live di Zoom, 8:45 – 10:45 malam: Isnin 26/10, Selasa 27/10, Isnin 2/11, Selasa 3/11, Selasa 10/11, Selasa 17/11, Selasa 24/11, dan AIMP Showcase pada Isnin 30/11.
Rakaman disediakan untuk setiap sesi. Namun setiap sesi membina satu bahagian sistem anda, jadi hadir secara live sangat digalakkan.
Alat tetap AIMP ialah AIMP MCP, AIMP Workspace dan AIMP Dashboard Kit. Platform iklan, WhatsApp dan tools lain hanyalah contoh, jadi anda boleh guna saluran yang sesuai dengan bisnes anda.
Boleh. Satu pendaftaran boleh merangkumi sehingga 10 peserta dalam satu bayaran, dan setiap peserta mendapat akses dashboard sendiri.
35 tempat berbayar sahaja, supaya kerja setiap peserta dapat disemak.
Ada. Anda kekal dalam circle peserta AIMP di group WhatsApp selama 1 tahun untuk bertanya dan berbincang. Dalam tempoh yang sama, anda boleh ulang kelas AIMP batch seterusnya dan kelas Masterclass, serta terus guna AIMP MCP dan Workspace.
Anda akan menerima emel pengesahan dan pautan untuk mengaktifkan akaun dashboard AIMP. Panduan pra-program dibuka sebelum Sesi 1 supaya anda sudah bersedia pada hari pertama.